Pinjaman Bagi Meluaskan Perniagaan Koperasi

Pinjaman Bagi Meluaskan Perniagaan Koperasi Sekolah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh
Omar memberitahu, kementeriannya ada menyediakan
pinjaman tanpa cagaran atau penjamin sehingga RM50,000
yang boleh dipohon melalui Suruhanjaya Koperasi
Malaysia kepada koperasi sekolah yang ingin meluaskan
perniagaan mereka. Pinjaman tersebut diharap dapat
membantu memperluaskan perniagaan koperasi sekolah
kepada perniagaan perlancongan dari hanya bertumpu
kepada penjualan alat tulis dan peralatan sekolah
semata-mata.
Bercakap selepas melancarkan sambutan Hari Koperasi
Sekolah 2008 peringkat kebangsaan di Kuala Selangor
Selasa lalu beliau turut menekankan kerjasama antara
koperasi di peringkat sekolah perlu dijalin agar para
pelajar sekolah terus berminat menyertai koperasi
walaupun selepas menamatkan pelajaran masing-masing.
Datuk Noh Omar juga menekankan, program bersama antara
koperasi sekolah dan tempatan perlu diadakan agar
pengurusan koperasi sekolah dapat berkenalan dengan
para pemimpin koperasi peringkat tempatan. Pelajar yang
terlatih dengan hal ehwal koperasi sekolah pula boleh
diambil bekerja di koperasi tempatan bagi membantu
pentadbiran koperasi masing-masing.
Hubungan dengan koperasi luar di peringkat bangku
sekolah pula tentunya dapat mendedahkan para pelajar
dengan budaya koperasi. Ini boleh membawa kepada
gerakan yang lebih besar sekaligus bersaing dengan
sektor swasta.
Pendedahan pihak media mengenai kejayaan koperasi juga
penting agar menarik minat orang ramai untuk turut
serta dan melabur dalam sektor berkenaan kerana sektor
koperasi mampu memberi keuntungan lumayan sehingga 15
peratus iaitu keuntungan yang sama diperolehi dengan
pelaburan di bank-bank.
Muzzafar Zabidin

No comments: