Mantapkan Kerjasama Antara Koperasi

Mantapkan Kerjasama Antara Koperasi Kesemua koperasi di daerah digalakkan menganjurkan
program secara bersama di samping memeperkukuhkan
kerjasama dalam membawa koperasi mereka ke peringkat
lebih tinggi.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh
Omar berkata ini merupakan peluang untuk koperasi
sekolah mengenali dan memamahami selok-belok
pentadbiran koperasi luar lebih meluas serta tidak
hanya menumpukan produk sekolah sahaja.
"Selain itu minat pelajar dalam bidang usahawan tidak
terhenti apabila mereka menamatkan pengajian bahkan
boleh diteruskan melalui koperasi tempatan yang sedia
ada," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari
Koperasi Sekolah 2008 Peringkat Kebangsaan di Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor, Pasir
Penambang di sini semalam.
Noh turut menjelaskan koperasi sekolah juga boleh
memohon peruntukan sehingga RM50,000 daripada
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi melancarkan
pentadbiran.
Pinjaman ini tidak memerlukan cagaran atau penjamin
bagi memberi peluang koperasi sekolah membesarkan
perniagaan mereka sehingga ke peringkat lebih tinggi
tanpa sebarang kekangan modal.
Tujuan pinjaman ini adalah memupuk semangat
keusahawanan dalam diri pelajar dari peringkat awal
sejajar tema Kementerian Pembangunan Usahawan Dan
Koperasi 'Usahawan Kerjaya Pilihan', jelasnya.
Tambahnya pendedahan koperasi yang sudah berjaya di
dada media amat perlu bagi mempromosikan pelaburan
dalam koperasi juga mampu memberi keuntungan sehingga
15 peratus.
Melalui pendedahan ini, masyarakat akan lebih terbuka
untuk melabur dalam koperasi yang dilapurkan berjaya
sehingga mampu memberi keuntungan yang sama dengan
mana-mana bank.

No comments: